DIRECTOR'S WELCOME | CENTRE FOR ENRICHMENT AND PROSPERITY
» ABOUT US » DIRECTOR'S WELCOME

DIRECTOR'S WELCOME

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pengayaan dan Kemakmuran (CEP), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mendukung agenda pembangunan universiti, CEP komited memperkasakan ekosistem pengayaan melalui pengurusan pendanaan, sumbangan, dan aktiviti perniagaan. Langkah ini bagi memastikan kelestarian kewangan universiti terus kukuh demi manfaat warga UPM dan masyarakat secara menyeluruh.

Bagi merealisasikan agenda ini, CEP mengalu-alukan keterlibatan aktif daripada semua pihak termasuklah alumni, staf, rakan industri, agensi, serta komuniti. Setiap sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, kepakaran, mahupun idea, akan menjadi pemangkin utama kepada pembangunan pendidikan dan kesejahteraan universiti. Kami memberi jaminan bahawa setiap sumbangan dan tadbir urus di CEP akan diuruskan secara telus, profesional, dan berimpak tinggi demi mengekalkan kepercayaan para pemegang taruh.

Akhir kata, saya berharap agar CEP terus menjadi menjadi medium perkongsian maklumat yang efektif dalam menyatukan semangat kebersamaan dan budaya memberi (culture of giving) demi kemakmuran universiti dan masyarakat keseluruhannya. Saya amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh semua pihak dalam merealisasikan agenda pemerkasaan kewangan universiti demi manfaat warga UPM.

Sekian, terima kasih.

 

BESEK INTAN ZAFINA BINTI BASOK

PENGARAH

PUSAT PENGAYAAN DAN KEMAKMURAN (CEP)

Updated:: 19/05/2026 [syaminfikri]

MEDIA SHARING

X, (04:58:25pm-05:03:25pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]