TAKLIMAT PENGURUSAN ENDOWMEN, DERMA DAN SUMBANGAN
Pada 26 Februari 2026 telah berlangsung dengan jayanya Taklimat Pengurusan Endowmen, Derma dan Sumbangan yang dianjurkan oleh Pusat Pengayaan dan Kemakmuran (CEP), Universiti Putra Malaysia.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Besek Intan Zafina binti Basok, Menjalankan Tugas Pengarah, CEP dan Puan Noruniza binti Mahmud, Ketua Bahagian Penjanaan Pendapatan dan Pengurusan Hasil, Pejabat Bursar.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan penerangan kepada semua wakil-wakil PTJ yang hadir berkenaan peranan CEP, pengenalan kepada Garis Panduan Endowmen, Derma dan Sumbangan (GPEDS) dan pengurusan dana di peringkat universiti bagi memastikan pengurusan dana endowmen, derma dan sumbangan dilaksanakan secara berintegriti dan berimpak selaras dengan komitmen Universiti Putra Malaysia bagi memperkukuh tadbir urus kewangan universiti.
Terima kasih diucapkan atas perkongsian dan penglibatan aktif semua pihak yang hadir. Semoga usaha ini terus menyumbang kepada kelestarian dan kecemerlangan universiti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 09/03/2026 | Kemaskini: 22/06/2026 | syaminfikri

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia